mouse

Saturday, October 15, 2016

Nottingham !

Assalamualaikum wbt.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah ( berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung "
{Al-Maidah ; 35 }


Heyya peeps !
Wuhhu, lama rasanya tak taip dengan rela hati ( rela hati as in memang nak update blog, lama tak tekan keyboard ni laju laju , huhu). Kabareeee? Moga sihat- sihat saja, dan dalam lindungi Ilahi ;')


Alhamdulillah, 
safely arrived Nottingham 27 days ago huhuhu cepatnya masa tak sangka nak dekat sebulan dah . Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, setakat ni everything smooth and going fine, (excluding duit :'( ) haha, biasalah , baru nak set up new life kan, duit mestilah banyak pakai lol. 

So far, dah start kelas, next week dah start week 4. Dah start tutorials, harapnya Allah permudahkan, amiin. 

Taktau nak cerita apa sebenarnya nii hahahaha aduhaaiii ( kalau tktau nak cerita apa takyah la update ish )

Hm, okay laaa. Ni nak share sikit la. Masa first first sampai airport Birmingham dulu, macam kabut gak ah nak solat jamak qasar since kiteorg belum solat lagi time tuu, literally baru touch down after 14++ hours of journey. So, Alhamdulillah, kat airport tu sendiri dalam toilet dia ada tempat berwudhu' , and ada multi faith prayer room. Masa masuk bilik tu, macam jakun ah hahhahaa. Pastu masa baru nak start solat, ada sorang lelaki ni masuk, and tanya nak jemaah tak ? Kiteorang yang masa tu jahil,(masa tu tktau boleh jemaah dengan orang yang solat penuh sebab kiteorg nak jamak), kiteorang tolak. And then ada sorang lagi lelaki msuk , so depa jemaah dua org. Sekali pandang memang tak expect la dorang ni Muslim ( dah terbiasa dengan mentaliti asal melayu je Muslim), tapii dedua lelaki nii lain warna kulit ! Dont you think through solat jemaah pun bukti yang Islam ni menyatukan pelbagai bangsa , warna kulit ? Takde syarat kalau nak jadi muslim kena kulit warna sawo matang ke apa , Islam tu indah. Peh, first day sampai UK pun tktau la dah rasa macam meremang bulu roma. Infact, masa kat immigration Birm airport, ada je sorang officer dorang pakai tudung. They does not discriminate hijabis & Muslim, thats what make me feel stronger livin here. 

Haritu, before fly, tak tipu, ada jugakla rasa risau nak pergi negara non-Muslim, apa pandangan dorang about Islam and how do they accept Islam in their country. Even ada orang pesan before fly haritu, "takpayah la pakai tudung labuh -labuh ni, bahaya, dorang dengan Islam ni masalah sikit" , so bila ada orang cakap camtu mestilah kita lagi cuak kan ? 

But yeah, Alhamdulillah, so far selepas 27 hari kat sini, they dont even bother why you wear hijab, they dont even care to discriminate you, but infact, some of them faham, we're Muslims hence wearing hijab is an obligation. Even ada je yang pakai tudung kerja kat Primark ( kedai baju), and she looks fine with others. And ada je  yang pakai purdah dalam uni sendiri. 

MENTALITI = SIKAP KETERBUKAAN= OPEN MINDED

Kekadang, kita je yang over fikir bukan bukan padahal people treats us well. Starts having positive vibes to live here another 2 years 9 months, and may Allah ease. 

Apa apapun, bila dah teruji, baru la ada pengalaman on how to overcome the problems, how we should react etc etc. Mohon doakan moga kami tsabat dijalan-Nya, terus mencari pengalaman baru , supaya lebih matang dah tak budak budak sangat hahaha. 

Take care, peeps. Its already 12.32 am hereeeee. Geniteee, fi hifzillah :)

Salam dari jauh, 
(cey perasan je hahhaha),
{MissHazelnut}

Thursday, September 15, 2016

hollaaa !

Assalamualaikum and hi !

Lama tak menjenguk ke sinii. Terlampau banyak benda untuk diuruskann.

Salah satunyaa,
aku dah masuk satu fasa hidup yang baru ; 20-an
Alhamdulillaaahh, 20 tahun 5 hari nii Allah kasi semuanya sesuaii dengan keperluanku, mungkin aku je yang tak sedar, terlampau berfoya foya dengan dunia fanaa ni haa.

bila nak matured?

haaa ni jangan tnya. aku pun tktau part mana aku matured, part mana yg masih kebudak budakkan. well yeah, kalau hidup tkde childish punya part macam hambar sikit je, huhu tak gitu ke ?

and the most important thing ;

Insha Allah, bi iznillah, insha Allahh aku akan fly ke UK, Isnin ni, 19 Sept 2016, 8.45 am.
Doakan yang terbaik nahhh.
Moga Nur Atiqah dapat jaga iman, jaga diri, jaga maruah
Moga Nur Atiqah dipermudahkan segala urusan .
Moga Nur Atiqah dapat survive 3 tahun degree kat sana, and grad dgn first class honors !

Amin Amin Aminn. Apa sahaja doa kalian yang baik baik , moga Allah makbulkannya.

Mohon kalau aku ada terhutang sesiapa, pm aku nah .
Mohon kalau aku ada buat silap salah dengan sesiapaa, maafkaan akuuu.
Kalau aku ada terambil makanan korang, mohon halalkaann.

mohon doakan yang terbaikk. Aminn.

Salam Alaikkk :)

Saturday, May 2, 2015

expectation.

In the name of Allah.

Assalamualaikum w.b.t..

Allah, lamanya tak update. last masa hujung bulan 1 haritu, sekarang dah awal bulan 5 punn. and Alhamdulillah masih hidup, masih dikurniakan jutaan nikmat yang tak terhinggaa. ALHAMDULILLAH (:

expectation.
macam video mat luthfi yang latest. mohon tengok yeeee.

-asal yang pakai tudung labuh je,
" peh budak ni msti alim baik solehah taat"

-asal pakai jubah je,
"peh baik budak ni mesti hafal Quran taat mak ayah solat tak tinggal"

-asal pakai tudung singkat je
"bila nak sedar budak ni Allah dah pesan tudung mesti lepas dada "

 etcetc.

expectation orang. kita tak boleh nak lari dari expectation orang. ada yang maybe highly expect macam kes tudung labuh jubah diaatas. maybe ada jugak yang under expected macam kes tudung singkat tu.

semua manusia tak sempurna. nobody is perfect. student sekolah agama bukan malaikat. yang tahu siapa diri kita yang sebenar-benarnya hanyalah Dia. Allah.
so , obviously orang lain tak sepatutnya judge dalam kata lainnya sebab kita tak tau hakikat sebenarnya org tu. mana nak tau orang yang pakai tudung labuh tu sebenarnya baru berjinak jinak nak berubah, tapi sebab org semua highly expect kat dia, terus dia insecure. mungkinlah.

mungkin jugak si dia yang pakai tudung singkat tu dalam proses nak berubah, mana kita nak tau dalam singkatnya tudung dia , baik budinya , selalu bersedekah, al-quran tak tinggal. mungkin ada beberapa halangan yang menyebabkan dia sukar untuk berubah.

HUSNUDZON.

bersangka baik. itu kira conclusion yang simple tapi payah gila nak buat. tau dak payah gila nak bersangka baik dengan semua orang tapi itu tak mustahil. bersangka baik - berlapang dada. bila kita duk sangka buruk dengan semua orang , tak pepasal kita pandang serong dengan orang tu bila terjumpa tapi hakikatnya apa yang kita sangka tu salah. haaaa cemana nak buat ?

tapi aku sendiri masih meng-expect orang, sejujurnya memang payah nak focus untuk husnudzon ja . tapi dont worry, setiap usaha nak berubah ke arah yang lebih baik, demi menggapai redhaNya, pahalanya besar jangan risauuu. (:

ps; awak yang username klik sinii, kita dah tau awak siapaaa. All the best SPM ~ doakan kita nak start exam AS Level dah lusa.
GP A*
Math A *
Eco A*
Business A*

Amiinn ya Rabbal Alaminnn .


Thursday, January 22, 2015

holla ((:

In the name of Allahh ((:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

Alhamdulillahh, dah masuk 2015, nak habis bulan 1 dah pun. And Alhamdulillah dah daftar masuk kolej balik on 13,1,2015 harituu. Alhamdulillah dah start kelas sem 2 last week. And utmost important, Alhamdulillah for the air, oxygen, Iman dan Islam Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillahh ((:

So , it's FRIDAY ! Cuti weekend ohyay. haha bila ntah nak tulis macam orang matured, ni nampak gila budak budaknya sorryy yaa. hee

Since it is FRIDAY,
1. jangan lupa baca Al-Kahf , sempat lagi ni walaupun hanya 10 ayat awal and 10 ayat akhir.
2. potong kuku.
3. Mandi sunat hari Jumaat
4. Pakai wangi-wangian nak ke masjid*for the guys
5. Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW *Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad*

And actually sekarang ni kinda tak boleh belajar walaupun homework bertimbun macam mangkuk tingkat tu ha. Semalam pun dah banyak bazir waktu, tidur ja sebab sakit kepala yang teramat. Allah, Alhamdulillah dah okay hiks.

since dah lama tak update blog ni kann, there's nothing much changed, cuma sekarang ni aku dah sem 2 in Eonomics, lagi 2 sem tamatlah aku belajau kt sini. and more friends created. and partner in crime. lol. aku tak kahwin lagi, tak tunang lagi. hahah kgurau ja benda tu tak penting pun Astaghfirullahalazim. Haishhh tak insaf lagi minah ni sekeh kang.

And lega sebab dahlama tak borak dengan cik Fathiyahh, moga baik baik di sanaa ye cik kak ((:

Doakan aku kuat disini. Doakan aku mampu jaga hati, jaga tarbiyyah. Well urmmm bulan 5 ni dah kena hadap AS level, official examination . doakan aku score 15/15, General Paper lulus, Phewww, doakannn.

Got to  go,
Moga hari ini lebih baik daripada semalamm, in shaa Allah .

Lots of love,
Assalamualaikum
{MissHazelnut}

Thursday, November 20, 2014

move on.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahh, masih diberi nikmat iman, Islam. Hidup sebagai seorang Muslim bukan hanya pada IC, tapi sebagai satu cara hidup- melingkupi setiap pergerakan or perbuatan kita. Eg; nak tidur pun ada adab, baca doa before tidur. set azam. Bila setiap perbuatan diniatkan kerana Allah, in shaa Allah, pahala konfem ada ! that's it !

MOVE ON.
"payah kut ! hati aku payah gila nak move on. sakit, perit. semua benda aku rasa"

yes. itu memang konfem aaa rasa. tak tipu. kau nak move on from benda yang dah jadi habit kau, ingat senang? for instance, merokok. incase dalam sehari tu, a man dah tebiasa merokok for 5 batang. then ditakdirkan Allah dia kena heart attack, and of course people and doctor would advise to "jangan merokok, bahayaa, nk kena heart attack lagi ka ? " susah der nak move on, serious susah !


tapi, kalau duk fikir negative jaa, asyik duk kata takboleh nak move on, bila hang nak kuat ? bila hang nak teruskan hidup macam biasa? nak down untuk selama-lama-lama-lamanyaaaaa ke?

of course TIDAK kan. so firstly, whatever happened, return to Allah. sebab, Allah lah sumber kekuatan. kalau diri sendiri pun tak mohon kekuatan dari Allah, habis tu camna nak dapat kekuatan dari dalam diri  ? kannn? '

so next, think positive. keep saying, i can do it. set target. and achieve it . jangan tinggalkan target semata-mata.

then, ubah slow slow. since move on niii tajuk yang agak wide, so i just bagi cara yang boleh dipelbagaikan okay, hee. pernah dengar tak, " kalau berubah 360 darjah ni tak kekal lama" ? well umm yeah, mungkin boleh terjadi sebab kita berubah bukan "betul-betul nak berubah". so, berubah step by step. mohon dikuatkn hati (:


so , get it  ? move on kira mcm a step to build a new/better life. move on from past. move on from the dark-side of us. May Allah bless every single step in order to build a better life lillahi Taala in shaa Allah ameen. Wallahua'alam (:

Final sedang berlangsung, minggu depan cuti sem yay, 
Assalamualaikum, 
{MissHazelnut}

Saturday, October 18, 2014

short.

With the name of Allah .
Assalamualaikum ((;

Rindu haih nak menaip bagai ni. hahahaha lama bebenor tak jenguk mr.blog and konfem lah dah berhabuk pun kan, haih. ni pun curik curik bukak blogging tengah tengah buat assignment, otak dah tepu -,- '

so, being a college student. packed nyaa masa ya Allah . memang kena pandai manage masa, kalau duk tidur jaaaa memang 'selamat' lah. lols.

Alhamdulillah, hidup sihat lagi dekat dalam hutan celah Dungun ni, ditemani housemate yang sangat fahaaammm and terim aku seadanya Alhamdulillah. Roomates yang boleh terima perangai aku plus keadaan aku yang selalu tak berapa nak sihatni, Classmates yang makin lama makin rapat, lecturers yang superb best, batchmates yang sama sama fly UK 2016 nnt bi iznillah, in shaa Allahh aminn (;

just a short post. doakan aku. final dah memanggil. 16/11/2014. tembakkan doa diperlukan. kalau bom doa teruih pun takpaa.

take care, fi hifzillahh ((;
ps. ada orang panggil aku cik kacang kat kolej ni lols
lots of love ,
Assalamualaikum, 
{MissHazelnut}

Wednesday, May 21, 2014

counting days.

With the name of Allah.

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan (solat)itu sungguh berat , kecuali bagi orang orang yang khusyuk
[2; 45]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah masih dikurniakan beribu mungkin berjuta nikmat daripada Allah S.WT (: la syakka wala raiba (tidak syak lagi) , Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang apabila masih meminjamkan oksigen, walaupun hambaNya kufur akan nikmat tersebut. Antara dua nikmat yang sering dilupakan - nikmat masa lapang dan nikmat sihat. 

Allah pinjamkan 30/ 31 dalam sebulan. dan 1 hari kita ditimpa sakit, 29 hari sihat. tapi pernahkah kita bersyukur akan nikmat sihat 29 hari tu ? mungkin, Allah hadirkan kesakitan itu agar kita mampu muhasabah diri kita semula, bersyukur akan nikmat sihat yang tak terhingga . dan mungkin juga sakit itu satu nikmat apabila seseorang hamba itu mampu kembalikan semuanya kepada Allah. masih belum bersyukur? jom solat taubat, mohon Allah hapuskan dosa agar hati kembali segar (:

fuhh, keep on counting days. Khamis, Jumaat , Sabtu andd Ahad- the day . pendaftaran Tamhidi USIM di Stadium Tertutup Nilai. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat- satu tahun pengajian, dua semesster. 

namun sampai sekarang masih belum ada keputusan dibuat. sama ada meneruskan pengajian di USIM atau menanti keputusan MARA dengan sabar. huhuu. dah lebih 2 minggu menunggu daripada tarikh sebenar.

mohon tembakan doa dari kalian. doakan yang tebaik buat diri ini. All the best jugak untuk korang yang akan further in matriks, form 6, politeknik, kptm, kpm, giatmara , semua IPTS and IPTA , scholarship and whatever yang korang nak sambung. huhu. May Allah ease all of us. 

Persiapankan mental dan fizikal ,
Selamat menempuhi alam universiti , 
Assalamualaikum,
{MissHazelnut}