mouse

Wednesday, May 21, 2014

counting days.

With the name of Allah.

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan (solat)itu sungguh berat , kecuali bagi orang orang yang khusyuk
[2; 45]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah masih dikurniakan beribu mungkin berjuta nikmat daripada Allah S.WT (: la syakka wala raiba (tidak syak lagi) , Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang apabila masih meminjamkan oksigen, walaupun hambaNya kufur akan nikmat tersebut. Antara dua nikmat yang sering dilupakan - nikmat masa lapang dan nikmat sihat. 

Allah pinjamkan 30/ 31 dalam sebulan. dan 1 hari kita ditimpa sakit, 29 hari sihat. tapi pernahkah kita bersyukur akan nikmat sihat 29 hari tu ? mungkin, Allah hadirkan kesakitan itu agar kita mampu muhasabah diri kita semula, bersyukur akan nikmat sihat yang tak terhingga . dan mungkin juga sakit itu satu nikmat apabila seseorang hamba itu mampu kembalikan semuanya kepada Allah. masih belum bersyukur? jom solat taubat, mohon Allah hapuskan dosa agar hati kembali segar (:

fuhh, keep on counting days. Khamis, Jumaat , Sabtu andd Ahad- the day . pendaftaran Tamhidi USIM di Stadium Tertutup Nilai. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat- satu tahun pengajian, dua semesster. 

namun sampai sekarang masih belum ada keputusan dibuat. sama ada meneruskan pengajian di USIM atau menanti keputusan MARA dengan sabar. huhuu. dah lebih 2 minggu menunggu daripada tarikh sebenar.

mohon tembakan doa dari kalian. doakan yang tebaik buat diri ini. All the best jugak untuk korang yang akan further in matriks, form 6, politeknik, kptm, kpm, giatmara , semua IPTS and IPTA , scholarship and whatever yang korang nak sambung. huhu. May Allah ease all of us. 

Persiapankan mental dan fizikal ,
Selamat menempuhi alam universiti , 
Assalamualaikum,
{MissHazelnut}

1 comment:

  1. You have raised an important issue..Thanks for sharing..I would like to read more current affairs from this blog..keep posting. web design template wordpress

    ReplyDelete