mouse

Thursday, December 29, 2011

solat jumaat ??

With the name of Allah..

Assalamualaikum ! hyee peeps !
okayy, nie post kedua untuk hari ini.
ahha, nampak sangat tkde kerja.
*ade sebenarnya, tapi, rest sebentar :')

nampak post di atas ?
ohhyaa, maaf laa kaum Hawa, post ini hanya untuk kaum ADAM.
ahha. tapi, tk sala untuk dibaca.
tambah ilmu :')

okay, wahai kaum ADAM.. *cewahh
mehh denga sini.
tahuu pasal solat Jumaat ?
tahuu?
betul?
apa yang anda tahuu?
wajib ke ?
boleh ke tinggal kalau tkde alasan munasabah??

" Eh, kau tak pergi solat Jumaat ke ? Dah lewat nie . "
" Tak kut. Kan solat Jumaat tu sunat. "
" Ngek kau ! Wajib laa."
" Yeke? takpela. nanti aku tanya ustaz "

errr. ehemehem. Assalamualaikum.
cik abang, mana awak belaja solat Jumaat tu SUNAT?
setahu saya, solat Jumaat tu WAJIB.
boleh bagitau saya sekola mana ajar macam tu ?
okay, dialog tersebut BENAR !
telinga kiri kanan Miss Hazelnut nie denga sendiri okay.

tengok pulak situasi seterusnyaa.

"Eh, kau tak pergi solat Jumaat ke ?"
"Minggu lepas dah pergi, minggu nie malaslaa. Lagipun , aku baru habis kerja nie . Dari pukul 7 malam semalam. Perghhh. Penat gilaaa."

Hamboii. Nie lagi sorang.Nie pun dialog betul okay. * cuma ada tokok tmbh sikit.
suke hati awak je kan nak pegi ke tak.
well hello, malas bukan penghalang untuk dating dengan Allah.
Dating dengan awek sampai 3, 4 pagi boleh pulak. Pelik betul.

Wallawehh. tolong laa faham.
Allah kasi chance solat Jumaat 2 rakaat .
berbanding solat Zuhur 4 rakaat.

solat Jumaat tu WAJIB. FARDHU AIN KE ATAS SETIAP MUSLIM.
kalau tingaal, BERDOSA, BERDOSA , BERDOSA !

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)


uishhh... berat tuuu.
okay, jum tengok apa syarat wajib solat Jumaat.

1. ISLAM - non- Muslim, tk wajib
2. BALIGH - sape yg da baligh, wajib !
3. BERAKAL - tidak wajib kepada orang gila *jgn buatbuat gila !
4.LELAKI - perempuan tk wajib
5. SIHAT- org yang uzur, tk wajib. tapi, klau sakit kaki, bole solat lagi.
6. BERMASTAUTIN / BERMUKIM. - orang musair tk wajib.

dah faham tuu ?
okay, next !
SYARAT SAH!
1. masuk waktu zohor.
2. makmum mestilah 40 ++ yang tinggal menetap di kawasan itu.
3. diadakan di masjid/ dewan/ padang *yang muat semua makmumlaa
4. di dahului khutbah Jumaat.

maksudnye, klau korang tak denga khutbah tu, tk sahla solat Jumaat korang. saya faham, korang mesti ngantok kann ? tapi, apa kata try tahan mata tu eventhough encik syaitan dah letak celak? allthebest!

last but not least,
SIAPA YANG BOLEH TINGGAL SOLAT JUMAAT ?

1. Sakit - sakit yang boleh MEMUDARATKAN !
2. Musafir - start musafir before Subuh.
3. Takut Dizalimi - eg : klau keluar rumah , kene serang ahlong.
4. Perang - org yang tenga perang.

okayy, semua dah faham kann?
so, tk paya gedik nak tinggal solat Jumaat okayy?
klau alasan tk munasabah, tk payah.
setakat penat, letih. Allah, ramai lagi yang lagi letih daripada anda.

kalau awak da bace semua bende nie, awak kene buat !
sebab awak dah TAHU !'

# readers, maaf klau bahasa saya agak kasar. sakit hati bila orang mempertikaikan solat Jumaat tu.

# it's time to change. once Allah give hidayah, grab it ! don't let it go because we never know it will come again or not.

# kaum Adam, sedarlaa yaa !

pesanankhasbuatAdam,
Assalamualaikum,
{Miss Hazelnut}

No comments:

Post a Comment